CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 28, 2009

aku pinta cinta

aku pinta cinta itu dekat denganku
agar aku upaya untuk merasainya
supaya aku boleh
mengetahui tentangnya..
agar suatu saat itu
aku dapat mendakapnya
meletakkannya pada sudut hati
jauh kedasar yang paling dalam
kerana aku yang meminta
akan hadirnya cinta itu
kepadaku..
aku hanya mampu untuk
memintanya..
kerana hatiku
adalah untuk cintamu..
dan aku
akan sentiasa
pinta cinta itu..
supaya kau tahu
tentang cinta kita
bisa bersemi bersama..
untuk selamanya..

Friday, April 24, 2009

WARNA JIWA

hidup ini tak pernah
ku sangka akan
kesuramannya
mungkin
aku sendiri
tidak mengerti
rasa kesuraman itu
ia bagai
hitam dan
melekap kemas dalam
hatiku
ia mengelilingi hati dan jiwaku
aku cuba
hapuskan
dengan ketabahan
dan kegigihan
aku cuba berpaling
gagah untuk melupakannya
yang lebih penting
aku cuba hentikannya
daripada menakluki hatiku
agar
hidupku
diriku
berada dalam
cahaya kebahagian..

Saturday, April 18, 2009

KEHENDAK HATI


tiada siapa yang tahu apa kata hati..

walaupun diri kita sendiri..

mungkin kita sentiasa terkeliru dengan kata hati kita sendiri..

dan kita akan menjadikan ALLAH sbg rujukannya..

kerana ALLAH shj yg tahu apa yg kita fikirkan..

dlm hidup ini, begitu bnyak kehendak kita..

fizikal serta rohani..

kerana kehendak itu yg boleh menjadikan hidup ini lengkap..

melayari dn mengharungi segala ujian dari Nya..