CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 13, 2009

kita sering menekan

Kita sering menekan. Menjadikan hidup ini bagai satu penjara. Walau kita sering menciptakan suatu alasan bisu di atas setiap tindakan yang kita lakukan sendiri, ia masih tidak merubah kesan yang akan ada selepas itu. Tidakkah itu yang membuat hidup kita sering berputar pada paksi yang salah? Kenapa kita tidak melayakkan diri kita ke suatu keadaan yang bisa membuatkan kita beroleh manfaat atau faedah yang boleh menjadikan hidup ini suatu persinggahan yang cukup indah?
Hanya kita yang setia untuk berada pada hidup kita. Tidak akan ada orang lain yang boleh mengambil alih fizikal kita. Menyuruh melakukan apa yang kita tidak mahu. Kita sunyi dengan kasih sayang. Berfikir yang kita akan berkongsi hidup dengan orang lain. Berfikir untuk kita hidup atas kesenangan orang lain. Berfikir untuk kita mesti menjadikan hidup kita ini sebahagian untuk orang lain. Mengapa kita tidak berfikir untuk kita sendiri? Ini adalah salah dan itu adalah betul. Keputusan itu merujuk kepada daya berfikir yang kita miliki.
Kurangnya apa yang dipanggil kesedaran emosi. Kebangkitan yang kita perlu lakukan. Untuk menjadikan hidup kita seiring dengan kekuatan fizikal. Kita sesungguhnya hanya boleh mengiktirafkan apa yang kita nampak dan apa yang boleh kita rasa. Tidak melabel spirit atau dalaman yang kita ada. Tidak mencari kekuatan dalaman yang boleh merubah hidup kita.
Kita punya personaliti yang berbeza-beza. Rasa mengenali diri yang kurang, menjadikan kita kusut tentang identiti yang perlu kita bangunkan. Percubaan peningkatan kedewasaan yang kita lalui membuatkan kita dipenuhi dengan rasa tanggungjawab yang begitu membebankan. Kita perlu melangsaikan setiap tanggungjawab itu dengan sempurna. Mencari dan terus mencari makna setiap pelangsaian yang kita lakukan. Diatas setiap perbuatan yang telah kita sudahkan.
Kecenderungan kita untuk beroleh minat atau kesukaan yang kita ada boleh membunuh rasa yang terdapat dalam diri kita. Minat yang terlalu kita banggakan bisa merobek setiap emosi yang kita ada. Sendirian dalam melakukan pembangunan minat juga boleh menjadikan hidup kita bagai satu medan pertempuran dengan orang sekeliling. Ini kerana kita memerlukan restu diatas setiap minat yang kita miliki. Penjelasan yang konkrit kadang-kadang amat diperlukan ketika kita berada pada institusi yang hanya tahu menunding jari atau institusi yang tahu menentang terhadap kebolehan yang kita miliki.
Melalui penjelasan itu yang boleh membuatkan diri kita seteguh karang di lautan. Melalui ombak getirnya kehidupan. Tentang sebuah minat yang ditentang. Rasa yang mendalam terhadap minat itu yang menjadikan kita teroleng-oleng mencari bantuan. Rasa yang cukup lemah dalam diri tika nafsu tiba-tiba mati untuk terus berjuang.

0 comments: